GEORGE TOWN, 18 Jan -- Petugas Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan anggota polis berdiri di hadapan Restoran Jaya ketika mahu melakukan kerja-kerja merobohkan struktur tambahan pada restoran berkenaan, hari ini. Pengurus Restoran Jaya, S.Ambananthan kemudiannya berbincang dengan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang datang dan pihak MPPP menangguhkan kerja-kerja merobohkan sementara menunggu surat jaminan bahawa pemilik restoran berkenaan akan berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab esok untuk berbincang dengan isu perobohan tersebut.