KANGAR, 28 Mac -- Pesalah dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sambil dipantau Penguatkuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di sekitar Dataran Sena, Kangar selepas didapati bersalah membuang puntung rokok di tempat awam mengikut peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) hari ini.Hukuman itu merupakan sebahagian daripada pendekatan penguatkuasaan terkini yang menekankan elemen pendidikan dan kesedaran sivik, dengan pesalah diwajibkan menjalankan kerja-kerja pembersihan awam dalam tempoh ditetapkan mahkamah.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA