KANGAR, 17 Feb -- Peniaga kedai runcit, Tan Cheng Hock, 74, dan isteri Low Lan Yin, 74, adalah satu-satunya penduduk berketurunan Cina yang masih tinggal di Kampung Tengah, Seberang Ramai, Kuala Perlis yang majoriti penduduknya adalah Melayu dan akan menyambut sambutan Tahun Baharu Cina di kampung berkenaan.Pasangan warga emas yang mengusahakan kedai runcit di Kampung Tengah sejak 40 tahun lalu itu tidak pernah berasa terasing kerana sudah dianggap sebahagian daripada keluarga oleh penduduk setempat.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA