KANGAR, 17 Dis -- Seorang pemandu lori ais, Syaharizul Sahar, 46, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan memperdayakan seorang wanita melibatkan wang sumbangan keseluruhan berjumlah RM800 pada September 2024.Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi turut memerintahkan pemandu lori tersebut menjalani hukuman penjara empat bulan bagi kedua-dua pertuduhan jika gagal membayar denda berkenaan.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA