SEREMBAN, 25 Jan -- Anggota Jabatan Pertahanan Awam Seremban mengangkat ular sawa sepanjang 12 kaki yang berjaya ditangkap di sebuah rumah kosong di Taman Limau Emas, Rasah dekat sini hari ini.Menurut saksi yang melihat ular sawa itu, Lee Kim Yoke, 50, dia ternampak seekor ular sawa itu sedang membelit seekor kucing selepas anjingnya menyalak kearah kawasan rumah kosong itu. Anaknya yang turut berada di rumah kemudiannya menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk menangkap ular sawa itu.Ular sawa itu berjaya di tangkap oleh anggota JPAM selepas ia cuba melarikan diri ke dalam sebuah lubang berhampiran rumah kosong itu.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** CAPTION STORY