GEORGE TOWN, 26 Jan -- Penganut Hindu mula sibuk untuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan Thaipusam pada 7 Feb. ini.Berikutan dengan sambutan itu, pembuat kavadi dan "Thaneer Panthal" (pondok minuman percuma) sibuk menyiapkan tempahan yang dibuat oleh pelanggannya.Perayaan Thaipusam merupakan perayaan membayar nazar kepada Dewa Murugan.Pada perayaan tersebut penganut Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi dan mencukur rambut sebagai tanda membayar nazar kepada dewa berkenaan.Kelihatan J.Karunakaran (kiri) dibantu oleh rakannya menyiapkan patung Dewa Murugan dan Dewa Ganesha yang ditempah oleh pelanggan untuk perayaan Thaipusam kali ini.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA