KANGAR, 14 April -- Wajah-wajah ceria masyarakat Sikh di Perlis jelas terpancar ketika tinjauan sempena sambutan Hari Vaisakhi di Gurdwara Sahib Kangar hari ini.Walaupun merupakan komuniti kecil di negeri ini, perayaan utama dalam kalendar Sikh itu tetap diraikan sebagai simbol kesyukuran musim menuai serta memperingati penubuhan Khalsa Panth oleh Guru Gobind Singh pada tahun 1699.Penjawat awam berketurunan Punjabi-Sikh turut dibenarkan mengambil cuti tanpa rekod sebagai tanda penghormatan terhadap perayaan yang menggabungkan unsur keagamaan dan kebudayaan tersebut.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA