SHAH ALAM, 27 Jan -- Majistret Mahkamah Shah Alam, Nor Kamila Aziz keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah selepas merekodkan pengakuan tertuduh bagi satu kes tipu di Wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini kerana ahli perniagaan itu sedang menerima rawatan di situ.Nor Kamila merekodkan pengakuan tidak bersalah Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, yang didakwa memperdaya seorang wanita untuk membekalkan dua pembantu rumah dengan bayaran RM13,000 tahun lepas.Shamsubahrin menerima rawatan di hospital itu sejak tiga hari lepas kerana penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA