KANGAR, 15 April -- Pengusaha mangga Harumanis melayan para pelanggan memilih buah di kebunnya di Hutan Temin, ketika tinjauan hari ini.Cuaca panas yang melanda Perlis tahun ini memberi kelebihan kepada pengusaha apabila meningkatkan hasil tuaian selain menghasilkan buah yang lebih manis berbanding musim lalu.Tinjauan mendapati kebanyakan pengusaha menyifatkan keadaan cuaca itu membantu proses penghasilan menjadi lebih baik.Pengusaha tanaman Harumanis di Hutan Temin dan Hutan Lembah meningkat hampir dua kali ganda berbanding musim 2025.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA