JOHOR BAHARU, 1 Feb -- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad menunjukkan mempelam Harumanis dan Sunshine serta pelbagai produk daripada mempelam yang akan dipasarkan ke Singapura ketika sidang media di bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor, hari ini.Harumanis akan dijual pada harga SD10 sekilogram di republik itu dan pihaknya yakin usaha berkenaan akan memberi pulangan yang baik khususnya kepada pengusaha buah tersebut atas faktor tukaran nilai wang yang tinggi.--fotoBERNAMA(2012) HAKCIPTA TERPELIHARA