ARAU, 3 April -- Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil (kanan), menyampaikan sumbangan kepada Nur Diana Zahirah Yusni, 18, selepas meraih 9A (2A+, 5A dan 2A-) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, disaksikan ibunya, Rozini Radzi, 48 (tiga kanan), dan bapanya, Yusni Mat Yusop, 50, di Kuala Sanglang, dekat sini.Kejayaan anak nelayan itu mencerminkan kesungguhan dan ketekunannya menimba ilmu demi mengubah nasib keluarga, selain menjadi hasil pengorbanan bapanya yang gigih turun ke laut mencari rezeki. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA