KANGAR, 8 Feb -- Suasana di Kangar Jaya meriah dengan semangat kesukanan apabila seramai 1,000 peserta menyertai Larian Angin Timur sempena Pesta Angin Timur (PAT) 2026, sekali gus mengangkat keunikan landskap desa Perlis sebagai tarikan utama acara.Larian sejauh lima kilometer itu dilepaskan oleh Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan serta Sains, Teknologi dan Inovasi Perlis, Wan Zikri Afthar, dengan laluan yang membawa peserta menyusuri kawasan tali air dan bendang hijau mengelilingi Kampung Titi Tok Bandar.Selain mempromosikan gaya hidup sihat, acara berkenaan turut menjadi platform memperkenalkan warisan dan keindahan persekitaran luar bandar Perlis kepada masyarakat setempat dan pengunjung, selaras dengan matlamat PAT 2026 memperkukuh pelancongan komuniti serta kebudayaan negeri.Penyertaan pelbagai lapisan umur menambahkan lagi kemeriahan program, menjadikan Larian Angin Timur antara acara tumpuan yang berjaya menggabungkan elemen sukan, alam semula jadi dan kebersamaan komuniti.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA