ARAU, 3 April -- Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil (dua kanan), beramah mesra dengan Nur Diana Zahirah Yusni, 18, selepas memperoleh 9A (2A+, 5A dan 2A-) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, disaksikan bapanya, Yusni Mat Yusop, 50, di Kuala Sanglang, dekat sini.Kejayaan anak nelayan itu mencerminkan kesungguhan dan ketekunannya menimba ilmu setiap hari, usaha gigih yang berterusan demi mengubah nasib keluarga, selain menjadi hasil pengorbanan bapanya yang saban hari turun ke laut mencari rezeki. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA