KANGAR, 17 April -- Antara sami Buddha yang menyertai majlis upacara ââââÅ¡¬Å“York Chor FaââââÅ¡¬, iaitu ritual menaikkan hiasan puncak bumbung wat sebagai simbol kemuncak pembinaan wat di Kampung Siam, Guar Nangka hari ini.ââââÅ¡¬Å“ChofaââââÅ¡¬ bukan sekadar hiasan, sebaliknya melambangkan burung Garuda dalam kepercayaan masyarakat Siam selain menjadi tanda kemuliaan serta kesempurnaan wat, di samping simbol hubungan antara manusia dan alam spiritual.Upacara yang dipimpin sami Buddha itu turut disertai penduduk setempat dengan bacaan doa dan ritual keagamaan bagi memohon keberkatan.Majlis berkenaan dianggap antara acara paling penting dalam proses pembinaan wat kerana menandakan projek hampir siap sepenuhnya, selain dipercayai memberi pahala kepada mereka yang hadir.Upacara tradisi yang jarang diadakan di Malaysia itu turut mencerminkan keunikan warisan budaya masyarakat Siam yang masih dipelihara hingga kini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA