KANGAR, 15 April -- Pengusaha mangga Harumanis, Abdul Hanan Saad, 42, berkata hasil dari kebun seluas 0.64 hektar miliknya di Hutan Temin dan Hutan Lembah meningkat hampir dua kali ganda berbanding musim 2025. Cuaca panas yang melanda Perlis tahun ini memberi kelebihan kepada pengusaha apabila meningkatkan hasil tuaian selain menghasilkan buah yang lebih manis berbanding musim lalu.Tinjauan mendapati kebanyakan pengusaha menyifatkan keadaan cuaca itu membantu proses penghasilan menjadi lebih baik.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA