KANGAR, 19 Mac -- Pembuat capal tradisional Saad Saep, 60, menunjukkan capal bersaiz kanak-kanak yang disiapkan menjelang sambutan Aidilfitri di bengkelnya di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, Kangar.Menurutnya, setiap kali musim perayaan, jualan capal boleh mencecah sehingga 8,000 pasang berikutan permintaan yang tinggi, terutama sepanjang Ramadan hingga malam raya.Beliau menghasilkan lapan jenis reka bentuk menggunakan kulit asli dan PVC, dengan harga antara RM35 hingga RM250 sepasang bergantung pada kualiti bahan serta kerumitan corak.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA