WANG KELIAN, 23 Feb -- Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Warisan Negara bersama Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), dengan kerjasama Perlis Nature Explore dan Perlis Climbers, menjalankan eksplorasi di tapak artifak di Hutan Simpan Mata Ayer, Wang Kelian.Eksplorasi terkini di gua batu kapur itu menemui pelbagai tinggalan prasejarah termasuk alat batu, serpihan tembikar bercorak tanda tali, pecahan gelang batu, sisa cangkerang, serta tulang dipercayai milik manusia awal, sekali gus menunjukkan kawasan ini pernah menjadi penempatan prasejarah.Tinjauan lapangan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Wang Kelian untuk menilai potensi arkeologi berdasarkan artifak di permukaan tanah.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA