PUTRAJAYA, 17 Feb -- EMAS ... Pelumba dari Jepun, Tomohiro Kinoshita (kiri) meraikan kejayaan beliau selepas berjaya mendahului pelumba negara, Muhamad Adiq Husainie Othman (dua, kanan) sekaligus memperolehi pingat emas dalam perlumbaan lebuhraya berbasikal individu lelaki bawah 23 peringkat akhir pada Kejohanan Berbasikal Asia 2012 (ACC) Ke-32 di sini hari ini.Muhamad Adiq hanya mampu memperolehi pingat perak manakala pelumba dari Iran, Goudarzi Arvin Moazemi (kanan) mendapat pingat gangsa pada kejohanan tersebut.Pelumbaan sejauh 128km itu merentasi 10 pusingan keseluruhan.--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA