SERIKIN, 16 Feb -- Buah Salak Madu banyak terdapat dijual di pasar minggu Serikin pada tinjauan fotoBERNAMA di sini hari ini. Buah salak yang mempunyai rasa manis atau masam manis serta kelat sedikit biasanya dimakan dalam keaadan segar dan boleh dibuat jeruk.Pekan kecil Serikin yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia di pulau Borneo terkenal sebagai destinasi membeli-belah terutama di kalangan pembeli dari Semenanjung Malaysia hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dari bandar Kuching.Pelbagai barangan Sarawak dan Indonesia boleh didapati dengan murah seperti kain pua kumbu Sarawak, batik sarung, tikar Sarawak, barangan kristal dan mutiara, gelang perhiasan, kain sembahyang, beg dan barangan kulit dan banyak lagi.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA