KANGAR, 19 Dis -- Pekerja Bustana Kucing memulakan rutin harian seawal pagi dengan membersihkan kandang, memberi makanan dan memeriksa kesihatan lebih 700 ekor kucing jalanan yang ditempatkan di wad kuarantin pusat perlindungan di Sungai Batu Pahat.Sepanjang hari, mereka memberi rawatan, memantau ibu dan anak kucing, serta memastikan kebersihan dan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Cabaran utama adalah kos operasi tinggi termasuk makanan dan rawatan veterinar, namun sokongan penderma dan sukarelawan membantu kelangsungan operasi.Pusat itu kini mempunyai 28 pekerja sepenuh masa yang membahagikan tugas mengurus kucing termasuk membersihkan sangkar setiap hari bagi memastikan kebajikan kucing terus terjamin.Untuk rekod Bustana Kucing memperoleh lesen rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2023.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA