WANG KELIAN, 3 Feb -- Deretan rumah kedai lama di Pekan Kaki Bukit.Terletak kira-kira 33 kilometer dari Kangar, pekan Kaki Bukit menyimpan khazanah warisan perlombongan bijih timah yang bermula pada abad ke-19.Usaha melindungi khazanah biodiversiti serta pemerkasaan ekopelancongan di sekitar Wang Kelian giat dijalankan oleh Manulife Malaysia dengan kerjasama Roots and Shoots Malaysia dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis selama tiga tahun bermula 2024 melibatkan kos yang dikeluarkan sepenuhnya oleh Manulife.Program ini menumpukan pada pemuliharaan Denai Warisan sepanjang 36 km dan membantu penduduk menjana pendapatan daripada aktiviti ekopelancongan dengan memberikan mereka latihan kemahiran sebagai jurupandu, keusahawanan dan juga literasi kewangan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA