GEORGE TOWN, 23 Feb -- Salah seorang daripada dua penjenayah yang ditembak oleh polis dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menerima rawatan susulan di sini, hari ini.Seorang anggota polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah dua penjenayah apabila salah seorang penjenayah menyerangnya dengan sebilah parang yang menyebabkan polis berkenaan cedera dibahagian jari tangan kiri dan sebutir peluru yang ditembak mengenai dirinya.Sepasukan polis seramai empat anggota menahan dua lelaki berkenaan di Lebuh Pekaka 1, Sungai Nibong.Pergelutan berlaku menyebabkan dua penjenayah ditembak dan ditahan kira-kira 3 pagi tadi.-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA