KANGAR, 8 Feb -- Gelagat peserta pertandingan menggagau ikan ketika tinjauan pada hari terakhir Pesta Angin Timur (PAT) 2026 di Kangar Jaya hari ini. Pertandingan yang menggamit nostalgia kehidupan kampung yang semakin jarang dinikmati generasi hari ini mencerminkan keakraban masyarakat dengan kehidupan tradisi desa yang sinonim dengan negeri Perlis.Pesta Angin Timur Perlis (PAT) merupakan festival budaya tahunan yang diraikan bersempena monsun timur laut, menampilkan warisan serta kehidupan tradisi masyarakat setempat dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA