ARAU, 5 April -- Artis ternama Datuk Khadijah Ibrahim menyampaikan persembahan pada Majlis Pemasyhuran Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Konsert DiRaja Perlis 2026 sempena acara kemuncak sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis yang berlangsung dari 17 April tahun lepas hingga 17 April 2026.Konsert yang diiringi Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu menampilkan barisan artis ternama tanah air iaitu Datuk Amy Search, Liza Hanim, Wany Hasrita, Haziq Rosebi, Aina Abdul, Amir Masdi dan Khai Bahar yang menghiburkan hadirin dalam suasana penuh gemilang serta berprestij.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA