PONTIAN, 10 Feb -- Tangki air Ranhill SAJ kelihatan memasuki Kampung Lama untuk mengisi bekalan air bersih, berikutan paras Sungai Benut rendah manakala Empangan Machap berada di bawah paras operasi selamat, sekali gus menjejaskan Loji Rawatan Air Simpang Renggam yang hanya beroperasi sekitar 34 peratus kapasiti. Keadaan berpunca daripada cuaca kering berpanjangan, namun Kerajaan Johor menggerakkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan air.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA