KINABATANGAN, 14 Jan -- Petugas parti Barisan Nasional (BN) giat menjalankan pemasangan bendera parti ketika tinjauan sempena hari kelima kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag di sekitar Pekan Kinabatangan hari ini.PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim Moktar dari BN dicabar Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Warisan dan calon Bebas, Goldam Hamid, manakala satu lagi PRK, iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dengan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada 24 Jan, manakala pengundian awal pada 20 Jan ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA