KINABATANGAN, 18 Jan -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan Mohd Kurniawan Naim Moktar bergambar bersama penduduk setempat dan penyokong parti semasa berkempen bagi PRK Kinabatangan di sekitar Kampung Balat dan Kampung Sangau hari ini.Kawasan itu yang terletak di penghujung DUN Lamag itu merupakan kawasan pedalaman yang dikelilingi kebun kelapa sawit, dengan jarak kira-kira 90 kilometer dari Pekan Kinabatangan.PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 24 Januari ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA