KUANTAN, 29 Jan -- Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff (kanan) melawat Pusat Muda Bestari selepas melancarkannya di Kampung Tanjung Api, di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad (tiga,kanan).Pusat pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diilhamkan suaminya, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dilengkapi kemudahan 40 komputer multimedia, bilik tutorial, perpustakaan mini serta internet berkelajuan tinggi.Ia dibuka secara percuma khusus kepada pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan lima yang tinggal di kawasan luar bandar bagi membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam pelajaran serta merapatkan jurang digital.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA