KUANTAN, 29 Jan -- Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff (kanan) melihat seorang murid menggunakan kemudahan komputer berinternet ketika melawat Pusat Muda Bestari selepas melancarkannya di Kampung Tanjung Api, di sini, hari ini.Pusat pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang diilhamkan suaminya, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dilengkapi kemudahan 40 komputer multimedia, bilik tutorial, perpustakaan mini serta internet berkelajuan tinggi.Ia dibuka secara percuma khusus kepada pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan lima yang tinggal di kawasan luar bandar bagi membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam pelajaran serta merapatkan jurang digital.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA