PULAU PINANG, 25 Jan -- Nurul Syuhada Shamsuddin, 21, di peluk oleh bapanya Shamsudin Yahaya selepas Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan beliau daripada tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dalam tandas kilang tempatnya bekerja dua tahun lepas hari ini.Beliau dilepas dan dibebas setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA