KUANTAN, 29 Jan -- Tiga murid ini(dari kiri), Tengku Ikhwan Tengku Samsudin,11, Lum Chia Meng,10 dan G Kabilan,12 mencuba sistem pembelajaran berkomputer yang disediakan di Pusat Muda Bestari selepas pelancarannya oleh Cik Puan Muda Pahang, Datuk Seri Julita Aishah Abdul Latiff di Kampung Tanjung Api, di sini hari ini.Pusat pembelajaran berasaskan teknologi maklumat itu diilhamkan suaminya, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.Ia dilengkapi kemudahan 40 komputer multimedia, bilik tutorial, perpustakaan mini serta internet berkelajuan tinggi.Pusat itu dibuka secara percuma khusus kepada pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan lima yang tinggal di kawasan luar bandar bagi membantu mereka meningkatkan pencapaian dalam pelajaran serta merapatkan jurang digital.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA