GEORGE TOWN, 17 Jan -- Ameer Sultan Abdul Razak,60, menyusun bunga malai dikedainya untuk dijual sempena perayaan Thaipusam pada 20 Januari ini.Ameer berpengalaman membuat bunga malai selama 20 tahun, kini sibuk membuat bunga malai yang ditempah oleh pelanggannya.Menurutnya pada hari biasa beliau membuat 5 hingga 10 bunga malai untuk dijual.Tambahnya lagi, bunga malai yang dibuatnya dijual antara RM10 hingga RM100 mengikut saiz bunga malai.Pada perayaan Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi berwarna-warni sebagai tanda membayar nazar kepada Dewa Murugan.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA