SEPANG, 22 April -- Warga emas Mat Derus Ali dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat jelik terhadap institusi diraja menerusi akaun Facebook miliknya pada 2024.Mat Derus, 64, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA