SEPANG, 24 Mac -- Program Reintegrasi Penghuni (PRP) ialah inisiatif Jabatan Penjara Malaysia yang menyediakan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada banduan layak melalui Corporate Social Initiative (CSI) serta sokongan komuniti sebelum dibebaskan. Ia bertujuan mengurangkan kadar residivis dengan mendekatkan penghuni kepada masyarakat, membina keyakinan diri, dan memastikan mereka tidak dipinggirkan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA