BANGI, 5 Mei -- Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 terhadap Mohd Hafiz Haron, 42, (kanan) selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.Hakim Firdaus Md Isa menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hafiz selaku orang kena saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman terbabit bermula hari ini.Mahkamah turut memerintahkan bapa kepada tiga anak itu dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA