MIRI, 5 Feb -- Pasangan berbeza keturunan Cina dan Kayan yang baru sahaja menyambut perayaan Hari Natal kini menyambut perayaan Tahun Baru Cina pula.Nicholas Leong (kanan) yang berketurunan Cina bersama isteri, Uding berketurunan Kayan bersama anak-anak kini menjalani kehidupan yang harmoni, sepanjang menetap di Miri.Menurut Leong, pemilihan Miri sebagai tuan rumah untuk sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 pada esok hari di Dataran Kipas Bandaraya Miri (Eng: Miri City Fan Square) amat bermakna bagi mempamerkan keharmonian di bandaraya ini yang penduduknya pelbagai kaum.Kelihatan, anak-anak mereka Nathaniel (dipangku Leong), Natania (dipangku Uding) dan Natalie.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA