GEORGE TOWN, 6 Feb -- DEGIL...meskipun kerajaan negeri mengarahkan aktiviti air seperti jet ski dihentikan sementara tetapi arahan tersebut tidak diperdulikan oleh pengusaha-pengusaha aktiviti air tersebut.Arahan itu dikeluarkan berikutan seorang pelancong wanita warga China patah kedua-dua belah kakinya selepas dirempuh oleh sebuah jet ski yang dinaiki oleh dua lelaki Myanmar di pantai Batu Feringghi, di sini semalam.Pelancong berkenaan yang merakam gambar di persisiran pantai berkenaan dirempuh oleh jet ski yang dinaiki oleh lelaki Myanmar berkenaan.Kelihatan aktiviti jet ski di Batu Feringghi beroperasi seperti biasa.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA