PUTRAJAYA, 18 Jan -- Kenderaan yang dipercayai membawa sebahagian anggota parlimen kelihatan memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana bagi menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hari ini.Antara ahli Jemaah Menteri yang hadir termasuk Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 akan bermula esok dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan mesyuarat itu.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***