PUTRAJAYA, 24 Dis -- Projek kebun komuniti dan madu kelulut di Apartment Presint 16 kini berkembang menjadi sumber pendapatan mampan serta simbol perpaduan komuniti.Projek itu bermula sebagai usaha mengisi masa lapang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.Dulunya kawasan longkang dan rizab saliran terbiar, namun kini Kebun Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Presint 16 menghijau dengan tanaman sayur-sayuran dan deretan sarang kelulut yang menghasilkan madu bernilai tinggi, sekali gus mengubah landskap persekitaran dan kehidupan penduduk setempat.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA