KUALA LUMPUR,18 Feb -- BERKUALITI ... Deretan perabot yang dihasilkan di Malaysia mempunyai kualiti untuk dieksport keluar negara.Rakyat Malaysia berbelanja secara purata sebanyak RM120 setahun untuk membeli perabot berbanding penduduk negara Eropah membelanjakan 400 euro setahun manakala rakyat Amerika Syarikat melabur AS$300 setahun.Statistik Kementeian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan Amerika Syarikat adalah pengimport terbesar perabot buatan Malaysia, dengan jumlah eksport ke negara itu sebanyak RM1,982.7 juta pada Januari hingga Oktober tahun lepas.Ini diikuti Jepun (RM573 juta), Singapura (RM477 juta) dan United Kingdom (RM407 juta).-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA