KUALA LUMPUR, 22 Feb -- LUKISAN ... Pelancong dari China, Wu Fan, 30, menikmati keindahan lukisan di Tebing Sungai Klang di sini, hari ini.Tebing Sungai Klang di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sebelum ini suram dengan warna buruk dan busuk kini berubah menjadi ceria apabila dihiasi pelbagai lukisan yang dilukis di dinding konkrit kedua-dua belah tebing sepanjang sungai itu.Lukisan grafiti berwarna-warni dilukis ditembok sepanjang kira-kira dua kilometer itu, memaparkan kreativiti penggiat seni bagi menarik perhatian orang ramai.Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan Festival Kul Sign berlangsung seminggu dan pelukisnya diberi dua hari untuk siapkan lukisan grafiti mereka dan hadiah pertama bernilai RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000.Program seperti ini memberi ruang kepada penggiat seni bagi meluahkan ilham seni mereka didinding tembok selain dapat mencantikkan pemandangan Ibu Kota kita.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** berita bergambar