PUTRAJAYA, 15 April -- Suasana di Putrajaya kelihatan lengang berikutan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam bermula hari ini ketika tinjauan Bernama di sini.Pelaksanaan dasar BDR bagi sektor perkhidmatan awam bermula hari ini sebagai langkah strategik kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bertugas di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan semua ibu negeri dengan jarak perjalanan sehala ke pejabat melebihi lapan kilometer, layak melaksanakan dasar BDR.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHAR