IPOH, 25 Feb -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kiri) memandu van shuttle ditemani oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon pada majlis perasmian Perkhidmatan Pengimejan dan Shuttle Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh di sini, hari ini.Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) memperolehi beberapa peralatan baru berjumlah RM14,018,917 bagi meningkat dan menaiktaraf perkhidmatan yang sedia ada.Perkhidmatan shuttle ini disediakan bagi menangani masalah kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta di HRPB.Perkhidmatan Shuttle beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang kecuali cuti hujung minggu dan cuti umum.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA