KUALA LUMPUR, 12 Mac -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil keluar daripada perkarangan mahkamah selepas mendengar pertuduhan terhadap suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini. Dr Mohamad Salleh yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp mengaku tidak bersalah atas tuduhan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta berhubung pembelian dua unit kondominium serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat. -- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA