KUANTAN, 13 Mac -- KREATIF... Usahawan Kraf Pahang Mohd Noh Abdul Rahman, 52, membuat pasu bunga gabungan paip pvc dan tali untuk menampakkan lebih asli dan klasik ketika tinjauan fotoBernama di rumahnya di Taman Indera Mahkota dekat sini, hari ini.Kelihatan isterinya Zarinah Mohd Datar, 49, mewarna bunga Payung Indonesia yang siap digubah untuk dijual pada Hari Kraf Kebangsaan pada 21 Mac hingga 2 April 2012.Pelbagai gubahan bunga yang dihasilkan antaranya bunga colok cina, bunga Kercut dan buluh yang harganya antara RM 60 hingga RM 150. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** BERITA BERGAMBAR