SEREMBAN, 17 Mac -- Sebuah kereta Ferrari terbakar dalam satu kejadian di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin dekat sini hari ini. Kereta Ferrari yang terbakar itu dipandu seorang lelaki yang dipercayai sedang berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah dalam perjalanan arah ke Seremban. Difahamkan lelaki berusia lingkungan 50-an itu yang dalam perjalanan menghala ke daerah ini bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan sempat keluar sebelum api marak hampir keseluruhan kereta berkenaan.Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.21 pagi. Kebakaran itu kemudian berjaya dipadamkan anggota Bomba dan Penyelamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA