BANGI, 1 Mei -- Sumud Nusantara Command Center (SNCC) masih belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan 175 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 10 rakyat Malaysia, selepas 38 jam ditahan oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata terdapat maklumat awal bahawa kesemua aktivis dijangka dibebaskan di Pelabuhan Lerapetra, Pulau Crete, Greece pada 12 tengah hari tadi (waktu Malaysia).--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA