GEORGE TOWN, 21 Mac -- Seorang pekerja buruh mencuci longkang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), A.Gopalkrishnan,54, memerhatikan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya Sankeri,17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane yang mendapat 9A dalam semua matapelajaran dalam SPM 2011 semasa anaknya menemui beliau di tempat kerjanya di Lorong Pragin, hari ini.Sankeri yang mengulangkaji matapelajaran selama 8 jam setiap hari dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut."Setiap kali mengulangkaji saya akan terkenang jasa ibubapanya yang bersusah payah untuk mendapatkan wang untuk menampung pelajaran kami", kata Sankeri.Anak kedua daripada empat orang adik-beradik itu bercita-cita hendak menjadi seorang ahli korporat.--fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA