SEOUL, 25 Mac -- Jalur Gemilang berkibar sebaris dengan bendera 53 buah negara yang dipasang di lebuhraya Seoul-Incheon sempena Persidangan Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 yang bakal berlangsung pada esok selama dua hari di Pusat Konvensyen dan Pameran COEX.Ketua-ketua negara dan kerajaan serta lima ketua organisasi antarabangsa serantau merupakan dari 53 buah negara termasuk Malaysia akan menghadiri persidangan tersebut.Persidangan itu akan membincangkan soal jaminan keselamatan bahan dan teknologi nuklear sebagai usaha untuk membendung daripada berlakunya keganasan nuklear.--fotoBERNAMA (DIGI) HAKCIPTA TERPELIHARA