PUTRAJAYA, 4 April -- Seramai 31,600 bakal haji dari Malaysia mempersiapkan diri untuk fasa bimbingan akhir menerusi Kursus Perdana Haji Musim yang diadakan secara berperingkat di masjid-masjid terpilih seluruh negara bermula semalam hingga 12 April ini.Lembaga Tabung Haji (TH) turut memperkenalkan inisiatif Haji Lestari bagi musim haji 1447H/2026M sebagai usaha memupuk budaya sifar sisa dalam kalangan jemaah menerusi pengurusan dan kitar semula kain ihram terpakai.Bagi musim haji tahun ini, penerbangan jemaah ke Tanah Suci dijadualkan bermula 18 April hingga 20 Mei ini, manakala penerbangan pulang akan berlangsung dari 4 hingga 30 Jun ini melibatkan 100 penerbangan sewa khas untuk membawa kesemua jemaah Malaysia.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA